Isnin, 8 April 2013
15956986 5482 http://vezirhem.com/hem/administrator/fyptu.php?2154
Khamis, 17 Januari 2013
FW:
tycsoykowovfiokeujesuuo
http://education.fmota.com/wp-content/plugins/extended-comment-options/cnspl.html?syhzasmixfiaj
http://education.fmota.com/wp-content/plugins/extended-comment-options/cnspl.html?syhzasmixfiaj
Selasa, 12 Jun 2012
Sumbangan Skim Kafalah RM 500.00
Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.
Janji kita tersu tunaikan. Setiap keluarga berpendapatan rendah yang telah
kematian ahli keluarga layak menerima sumbangan Skim Kafalah daripada Kerajaan
Negeri Kedah sebanyak RM 500.00 sebagai salah satu langkah meringankan beban dan
mengubat kesedihan ahli keluarga. Ini bukan hak wakil rakyat, tapi hak rakyat.
Justeru, kita kembalikan kepada rakyat. Sumbangan Skim Kafalah di PKWR DUN
Tanjung Dawai sehingga Februari 2012 telah melibatkan jumlah sumbangan sebanyak
RM 131 000. Ada
waris yang menangis menerima sumbangan ini. Mungkin terharu dengan sumbangan
ini dan mungkin juga terkenangkan arwah yang telah meninggal dunia. Apa pun,
saya berdoa agar semua roh muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia
ditempatkan dalam kalangan para solehin,,amin.. Al-fatihah
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012
Pusat Khidmat
Wakil Rakyat (DUN) Tanjong Dawai sekali lagi meneruskan program tahunan iaitu
Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012. Kali ini, Pekan Merbok menjadi
destinasi sambutan selepas Pekan Semeling dan Tanjung Dawai menjadi lokasi
sambutan bagi tahun-tahun sebelum ini. Sambutan kali ini dimulakan selepas
Solat Maghrib dan menggamit kehadiran masyarakat Merbok tidak kira bangsa
termasuk masyarakat sekitar. Sambutan kali ini seperti biasa diserikan denga tarian
singa yang menyambut kehadiran para tetamu. Antara pimpinan yang hadir ialah
ADUN Sidam merangkap Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan
Pengangkutan Negeri Kedah, YB Tan Chow Kang dan Pimpinan Pakatan Rakyat lain
iaitu Ir Zamri Yusof. Majlis tamat pukul 11 malam dan anak-anak cukup gembira
dengan sumbangan ang pow yang diterima.
Rabu, 21 Mac 2012
Penyampaian khemah untuk setiap kampung
Aktiviti komuniti wajar disokong
kerana ia medium perpaduan. Walaupun sumbangan ini kecil, namun saya berharap
program di peringkat kampung dapat berjalan lancar.PKWR menyumbangkan sebuah
khemah untuk setiap Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) dalam kawasan DUN
Tanjung Dawai. Saya juga berharap agar setiap kampung memanfaatkan khemah yang
diberikan untuk giat dan terus melakukan aktiviti kemasyarakatan agar ikatan
ukhuwah sesama manusia akan terus erat dan kukuh.
Bantuan Kelengkapan Nelayan
Para nelayan dalam kawasan DUN
Tanjung Dawai sememangnya sering melakukan aktiviti tangkapan hasil laut secara
kecil-kecilan. Saya bersama PKWR DUN Tanjung Dawai merasakan satu keseronokan
apabila para nelayan menerima sumbangan tangkul ketan dan bubu. Saya sering
mengingatkan masyarakat bahawa segala wang dan sumbangan yang mereka terima
sebenarnya adalah wang mereka sendiri. Saya akui bahawa sumbangan tangkul ketam
dan bubu ini tidaklah mewah namun saya yakin ia memeberi semangat untuk para
nelayan terus berusaha. Hendak Berjaya, kita beri joran, jangan beri ikannya
kerana usaha itu tangga kejayaan.
Sukan Teras Perpaduan
Sukan Teras
Perpaduan. Hakikatnya, sukan menjadi salah satu elemen dalam memupuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat dan mendidik agar menjadi warga yang cintakan riadah.
Oleh itu, saya merasakan peruntukan yang ada wajar disalurkan kepada golongan
belia. Banyak pasukan bola sepak menerima sumbangan jersi pasukan dan bola
sepak sebagai satu suntikan agar anak-anak muda beriadah dan bersemangat untuk
bersukan. Selain itu, peralatan sukan lain turut diberikan seperti bola sepak takraw,
badminton, muay thai dan lain- lain. Saya cukup gembira apabila pihak saya
menganjurkan pelbagai aktiviti sukan sebagai salah satu medium menyatupadukan
rakyat. PKWR menganjurkan kejohanan bola sepak, pertandingan wau, pertandingan
sepak raga tuju, Mini Motor Cross Belia Sejahtera dan pelbagai lagi kejohanan
sukan. Harapan semoga dengan penganjuran kejohanan dan pemberian peralatan ini
mampu mencungkil bakat-bakat muda ke arah mencipta kegemilangan.
Program Santapan Mahabbah dan Mini Motor Cross Sejahtera
Tanggal 2 Disember 2011 telah berlangsungnya Program Santapan
Mahabbah Di Pekan Tanjung Dawai. Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat
Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai bersama Persatuan Anak-Anak Kelantan
Perantauan (PERAKAN). Program yang bertujuan untuk meraikan anak-anak Kelantan
yang menetap di Tanjung Dawai dan masyarakat setempat amnya turut menganjurkan
beberapa pengisian antaranya Pameran oleh PKWR dan agensi kerajaan,
pemeriksaan kesihatan percuma, jamuan rakyat dan pertunjukan silat. Serentak
dengan itu, Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK) telah menjayakan Mini Motor Cross
Belia Sejahtera yang menghimpunkan penunggang-penunggang handalan seluruh zon
utara. Lebih membanggakan, masyarakat setempat dan peserta inginkan program
Mini Motor Belia Sejahtera dianjurkan lagi kerana sambutan yang amat
menggalakkan. Kemuncak program ialah Persembahan Dikir Barat Sri Manjong
bersama Jen Endoro dan ceramah motivasi oleh Saudara Bob Lokman.
Isnin, 26 Disember 2011
Klinik Wakaf Sejahtera
Ibarat belut pulang ke lumpur. Setinggi
mana pun kedudukan seseorang, hakikatnya, kedudukan kita adalah sama. Walaupun
saya menjadi seorang wakil rakyat, namun bidang yang sebati dengan saya adalah
perubatan. Saya akui, ramai penduduk desa khususnya dalam DUN Tanjong Dawai
memerlukan rawatan dan ubat-ubatan yang mampu memelihara kesihatan mereka. Saya
merasakan inilah masanya untuk saya berbakti kepada masyarakat.
Saya menerusi Yayasan Kebajikan Syazmin
mengadakan Klinik Wakaf Sejahtera iaitu klinik bergerak setiap hari Khamis
menjengah ke seluruh pelusuk DUN Tanjung Dawai bermula di Tanjung Dawai, Sg
Gelam, Semeling dan Sungai Layar.
Konsepnya mudah, saya bertemu masyarakat
dengan memberikan rawatan, khidmat nasihat dan bekalan ubat-ubatan secara
PERCUMA. Saya yakin, Allah Maha Kaya dan akan memudahkan segala urusan kita
jika kita berbakti kepada masyarakat.
Sumbangan Ramadhan dan Deepavali 2011
Hubungan antara pemimpin dengan rakyat
adalah ibarat seperti pemimpin berada di puncak bukit manakala rakyat berada di
bawah bukit. Pemimpin melihat rakyat hanya insan kecil di bawah dan begitu juga
rakyat melihat pemimpin di atas bukit hanya manusia yang sama tarafnya.
Justeru, saya merasakan tidak ada perbezaan
antara saya dengan rakyat. Bagi meraikan rakyat yang kurang bernasib baik, saya
melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjong Dawai melaksanakan
penyampaian sumbangan bagi masyarakat Muslim yang menyambut Ramadhan dan
masyarakat Hindu yang menyambut Deepavali. Insya Allah, Tahun Baru Cina nanti
saya akan turut membantu sedaya upaya saya. Semoga pemberian ini memberi seribu
makna kepada semua. Banyak Tandanya Ada, Sedikit Tandanya Ingat.
Ahad, 4 September 2011
Jamuan Idul Fitri
SELURUH LAPISAN RAKYAT DIJEMPUT HADIR
KE JAMUAN IDUL FITRI
ADUN TANJONG DAWAI
dan PAS KAWASAN MERBOK
DI PEKAN TANJONG DAWAI
PADA 8 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)
JAM 3.00 HINGGA 6.00 PETANG
Khamis, 7 Julai 2011
Ahad, 3 Julai 2011
Ceramah di Pantai Cicar
Sabtu, 2 Julai 2011
Pelancaran Gerakerja MTD Bukit Selambau
Selasa, 28 Jun 2011
Iringi Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum

Merbok - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani.
Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).
Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).
“Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya.
Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.
Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.
“Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa,” ujarnya.
Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib.
Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).
“Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya.
Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.
Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.
“Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa,” ujarnya.
Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib.
Rabu, 22 Jun 2011
Majlis Perasmian Penutupan Kem Belia Sejahtera 2011
PADANG TERAP, 21 Jun - Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk program Kem Belia Sejahtera di Sungai Petani bagi melatih belia-belia berusia antara 18 hingga 26 tahun dalam pelbagai sudut kehidupan bagi menghadapi cabaran gejala sosial.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan YB Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata demikian ketika mewakili YAB Menteri Besar Kedah pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Belia Sejahtera 2011.
“Kami dari bidang perubatan sangat tersentuh dengan gejala sosial kerana bidang perubatan yang kami ceburi dipertanggungjawabkan untuk melakukan pengesahan kecederaan dan kematian secara terperinci.
“Dengan melihat keadaan, kami sudah kenal pesakit yang dibawa itu sama ada jenazah, dadah, gila atau mangsa rogol. Kalau orang lain boleh cakap berdasar fakta tetapi doktor menghayati, merasai pilu dan kepedihan untuk memberi laporan dan seterusnya apabila dipanggil menjadi saksi di mahkamah,” katanya.
Berikutan itu dengan wujudnya kem ini beliau mengharapkan kerjasama serta sokongan daripada para peserta dan ibu bapa untuk hadapi gejala sosial yang melanda rakyat Kedah terutama yang beragama Islam.“Kita ada cadangan perluaskan peserta kepada bukan Islam kerana modul yang diperkenalkan dalam program ini meliputi semua aspek kehidupan pembinaan generasi yang berkualiti dan tahan diuji,” katanya pada majlis itu di lokasi sementara di Dusun Minda Resort.
Katanya, walaupun Kerajaan Negeri menghadapi kekangan kewangan tetapi bagi pihak YAB Menteri Besar beliau sedaya upaya melaksanakan yang terbaik untuk rakyat semua lapisan usia termasuklah para belia ini.
Untuk mencegah kemungkaran sebagai orang Islam kita berbalik kepada ajaran agama kita dan kurikulum yang diajar di dalam kem ini adalah pembinaan ilmu yang berasaskan kepada ajaran Islam.
Menurutnya lagi, modul yang diperkenalkan ialah kemahiran hidup supaya para beliau ada daya kreatif pergerakan minda secara ekfektif.
Seramai 118 remaja termasuklah 38 belia mengikuti latihan Kem Belia Sejahtera yang julung kali diadakan selama sebelas hari. Turut hadir pada majlis itu Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ismail Salleh, Komandan Kem Jabatan Latihan Khidmat Negara Kem Dusun Minda Resort, para ibu bapa dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan semua daerah dalam Kedah
Sabtu, 18 Jun 2011
Program Simulasi PRaya di UPU-UPU
17 Jun 2011
- Bermula dari jam 9 pagi hinggalah ke jam 5 petang, Program Simulasi ini berjalan di semua UPU-UPU.
- Alhamdulillah, maklumbalas daripada para penduduk (pengundi) adalah memberangsangkan.
- Semoga ALLAH memberkati perjuangan "Jihad PilihanRaya" ini dan "Melaknati" sebarang kejahatan dan penipuan dari musuh-musuh Islam.
- Terima Kasih kepada semua perayu-perayu undi yang terlibat.
Langgan:
Catatan (Atom)





















